neme

Photobucket

Sunday 29 December 2013

Saja test menaip...Malas...!!!

Assalamualaikum....


  Okay aku tahu memang dah lama sangat lah aku tak update blog nie...malas ke?? yes im...aku memang malas...malas nak menaip, malas nak bercerita,coz aku rasa buang masa lah...tapi bila aku pikir balik...xpayah nak over dost citer yang sarat yang pikir sampai pecah otak kan...just reality ckup....hahaha....okay tak pyah pecah otak ek...aku share apa yg aku mnat n aku share apa yang patut aku share..dan aku suka kalau aku dapat ilmu dari orang rama...acececechh...Ilmu konon...kau kan malas belajar petai oii...hahah...ilmu lain lah...masak2 kew, jahit kew, bisness kew,,,part bisness tu aku suka...tapi aku xder peluang lagi nak join bisness...duit poket mmng xder lah nak tampung modal...hahaha...so insyallah slow2...otak pun mkin ligat gak pikir nie...tengah cri peluang lah katakan..hhahahha..
   
   Motif malam nie ader citer tapi malas lagi...tunggu lah dulu...tunggu rajin tu banyak...aku ni suka layan FB tapi jarang gak update status lam tu...just suka baca2 status org, suka tengok gambar n suka gak buka part resepi...shopping xyah cakap lah...memang suka shopping tapi yg aku boleh beli on9 beg jew kot...or accessories kot....bju2 mmng xdpt lah...coz aku nie bdan lain dri orang...pernah skli beli on9 xdpat beg...part nie aku citer lain kali ek....sakit jari nak menaip...ok Assalamualaikum...,

Saturday 9 February 2013

~SmS cIntA daRi sAng PEnCinTa~



Stop thinking, or anticipating negative outcomes in life. No matter how high you see the chances are for something bad to happen, you must make yourself believe that the possibility of it turning good will be there. And it WILL. 

Sudah berapa kali kita mendengar ayat dan kita sendiri sering mengungkapkannya.. "Semua yang terjadi, dugaan ini, ada hikmahNya" Tapi apakah kita betul-betul percaya? Adakah kita mampu tidak membayangkan.. kalau yang buruk terjadi disebaliknya. Kita sering menyalahi diri sendiri, atau orang lain, menyesali, membenci.. tapi semua ni negatif, dan lama kelamaan akan memakan diri.

We should erase "Kalaulah aku buat macam ni, mesti tak jadi macam ni.." Itu semua yang dah lepas. Dah terjadi. Selagi masih ada nyawa di badan, kita masih ada kuasa untuk MENGUBAH itu semua. Ikhtiar, dan banyak-banyak berdoa dan beribadah, kerana ALLAH MAHA KUASA. Sepertimana, ajal maut di tangan Tuhan, tapi masakan ada doa untuk memanjangkan umur? 

We have to change our perspective, to bury it in our hearts to always be positive. Segala musibah, bencana perkara yang tidak elok berlaku, hanyalah kerana Allah menguji kita, dan sekadar memanggil kita kembali untuk mengingati kita. Allah rindu akan tangisan, doa, dan hati kita, Allah mahukan kita dekat pada-Nya. And if we are patient enough, kita ikhtiar, kita mendekatkan diri dengan-Nya, insya'Allah, sooner or later we will be rewarded. 

Dan sebenarnya, kesabaran itu pun sudah merupakan nikmat Allah. Kerana hati kita lapang.. dan kita tidak perlu menyusahkan diri untuk gusar dan gelisah dengan pancaroba kehidupan. Hidup tu terlalu singkat, mungkin, esok lusa, jasad kita akan dikembalikan ke tanah. Jadi kenapa kita harus mensia-siakan dan menghabiskan masa untuk risau dan sedih dan sesal? 

Dan yang penting. Sentiasa mengucapkan Alhamdulillah walaupun perkara yang kita rasa remeh. Ucapkan Alhamdulillah bila kita bangkit pagi, kerana masih diberi nyawa. Ucapkan Alhamdulillah ketika kita langkah dari katil ke bilik air, kerana masih diberi kekuatan dan kesihatan untuk berjalan. Ucapkan Alhamdulillah bila kita membuka pili air, kerana Allah masih memberi nikmat air kepada kita. Ucapkan Alhamdulillah bila kita melihat muka kita di cermin kerana masih boleh menggunakan mata untuk melihat muka kita.

Terlalu banyak yang nikmat yang Allah beri, yang kita sering anggap remeh. Takkan disebabkan sesuatu musibah yang berlaku, kita rasa hancur harapan, hancur dunia, seolah-olah hilang harapan pada Allah yang maha kuasa, walhal itu hanyalah menunjukkan yang Allah masih ingat dan sayangkan kita. 

Itulah SMS cinta dari Allah untuk kita. Jangan jadikan alasan habis kredit kita tidak menjawabnya.


                         

Saturday 26 January 2013

~BaKaL sUami~


"Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik,
tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik."

     Ayat ni lah yang menjadi topik perbualan aku dan seorang rakan seperjuangan dunia akhirat aku. Macam gatal jugak kan cakap pasal kahwin-kahwin ni. Yela.. Umur baru 21 tahun. Muda lagi, enjoy life dulu la bak kata orang zaman sekarang. Tapi hakikatnya, bermula dari umur muda inilah aku kena fikirkan soal jodoh supaya dapat aku persiapkan diri untuk membina sebuah keluarga yang bahagia (ceewahh..).
     Bagi si adam, tanggungjawab anda selepas berkeluarga sangat besar. Anda diberikan amanah oleh Allah membimbing bukan sahaja isteri tetapi juga anak-anak yang bakal hidup bersama di jalanNya. Jadi, bermula dari usia muda inilah anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu Fardhu ain, untuk bekalan bersama hidup di dunia untuk mengejar kebahagiaan di akhirat kelak. Selepas kahwin, dosa isteri dan anak-anak semua bergantung di bahu anda. Baik bimbingan anda, insyaAllah ringanlah bahu anda. Buruk bimbingan anda... (fikir-fikir la sendiri).

     Bagi si hawa pula, anda juga ada tanggungjawab yang besar! Tanggungjawab yang diperlukan sebagai isteri yang patuh kepada suami dan sebagai ibu yang lembut membelai anak-anaknya. Memang tiada dinyatakan tugas untuk menguruskan kerja rumah adalah tugas wanita, tetapi persiapkanlah diri dengan ilmu memasak, mengemas rumah, berhias diri sejajar dengan tugas anda untuk membahagiakan dan meringankan beban suami anda (uik, terasa pulak. ngee..)

     Tempoh perkenalan yang lama diantara si dara dan si teruna juga bukanlah perkara 'wajib' sebelum ke jinjang pelamin. Tempoh 'berkenal-kenalan' yang lama hanya mengundang maksiat. Kononnya "Kena la kenal lama-lama dulu, baru boleh tahu sesuai ke tak". Dalam masa berkenal-kenal mesti la kena keluar dating-dating kan. Pastu nanti datang la kawan rapat kita, Incek Syaitan (bukan nama sebenar) join sekaki. Pastu ada la kes terlebih kenal sampai buang-buang anak (tahniah, kita berjaya membuat incek syaitan gembira). Mungkin kita takde la sampai buang-buang anak ni, pegang-pegang tangan je (tu pun maksiat jugak lerr). Tup tap tup tap, sebab terlalu kenal ter'clash' pulak. Dulu cakap nak tau sesuai ke tak, so kalau tak sesuai means boleh terima kenyataan la. Tapi ni tak, bila clash tu ada pulak la yang meraung, menangis 40 hari 40 malam tak dapat terima kenyataan (tahniah lagi sekali sebab incek syaitan sedang melompat-lompat keriangan).

      Kalau kita suka kat seseorang, before ambil keputusan untuk make a move, apa kata kita solat istikarah dulu? Mintak supaya Allah dekatkan dia dengan kita sekiranya dia baik untuk kita, agama kita, dunia kita dan juga akhirat kita. Kita juga kena redha dengan apa jua petunjuk yang diberikan Allah kerana Dialah yang maha mengetahui. Jika 'seseorang' itu bukan untuk kita, yakinlah bahawa Allah menyediakan yang lebih baik untuk kita. Jika 'seseorang' itu baik untuk kita, mulalah langkah dengan bertaaruf seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah (Taaruf adalah kegiatan bersilaturahim,  berkenalan bertatap muka, atau bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya), bukan dengan cara berdating yang hanya mengundang maksiat yang menjadi mancis ke lembah api perzinaan. Jika kita ikhlas niat kerana Allah, insyaAllah hubungan kita ini akan mendapat redha yang Esa dan kekal hingga ke anak, cucu, cicit, cicit punya cicit (panjang betul umur).


********************

"Mama.. Rasa nak kahwin la", aku menggedik.
"Hamboi!! Gatalnya.. Calon dah ada ke?".
"Hee.. Tgh cari la ni. Susah la mama., jauh dari family. Pastu rasa macam nak ada orang bimbing je takut jadi macam dulu balik".
"Eleh, gatal tu gatal jugak (mama memang sangat memahami. chaitt). Tapi kalau betul nak cari suami, cari la yang boleh bimbing. Yang boleh sama-sama naik motor (awat ntah motor jadi pilihan mama) pergi solat jemaah kat masjid. Yang boleh ajar awak mengaji. Pastu nanti kalau awak dah meninggal, dia boleh pergi kubur mengaji untuk awak macam Pakcik Yunus (bukan nama sebenar) tu", mama bagi nasihat sebagai orang yang sudah banyak berpengalaman.

   Pakcik Yunus tu aku kenal la. Lorong rumah aku lak setentang dengan tanah perkuburan Islam (seram sejuk jugak balik lewat malam-malam). Dulu pagi-pagi time nak pergi sekolah selalu lah nampak kereta Pakcik Yunus ni parking depan pagar tanah perkuburan tu, pastu nampak la kelibat beliau di depan kubur arwah isterinya. Mama cakap Pakcik Yunus ni lepas solat jemaah subuh kat masjid, terus pergi kubur arwah isterinya untuk mengaji dan bersihkan kubur sebagai janji mereka untuk sehidup semati. Last winter time aku balik bercuti pun Pakcik Yunus still meneruskan rutin harian beliau.

"Inilah maksud sehidup semati rupanya", hati aku berdetik memahami. 

     Sehidup semati bukan nya macam kau punya pasangan mati, pastu kau pun bunuh diri nak mati bersama sebab kan dah janji dulu masa kemaruk bercinta dulu-dulu nak sehidup semati. Tunaikan janji punya pasal. Sehidup ni bagi aku berjanji untuk hidup bersama bagi tujuan untuk meneruskan dakwah Islam. bersama-sama memperdalamkan hal agama, saling bimbing-membimbing dan memperoleh zuriat yang halal. Manakala semati pula bermakna sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan yang telah meninggal dunia baik si isteri mahupun si suami supaya masih segar di akal fikiran kita tentang kewujudan pasangan kita ini seolah-olah dia masih hidup bersama kita. Bukan melupakan atau meratapi pemergiannya.

"Bestkan mama arwah Mak Esah (bukan nama sebenar) dapat suami macam tu? I pun nak cari calon macam tu la. Boleh jadi imam untuk I setiap hari. Pastu nanti I dah mati, dia tak sibuk cari pengganti. Oh, indahnya duniaaa..".
"Dunia je, akhirat??", hoinggg.. Kena libas ngn mama.
"Ye.. Ye.. Lagi sekali. Oh, indahnya dunia akhiratttt.. Hehe..".


Aqu just copy n paste...n pandngan dye sma ngan aku...tapi masih tiada keyakinan family utk melepaskan ke tangan lelaki yg bernama suami.....



~jAngAn taKut tErasIng~


Semua orang ingin berubah, I mean changing from bad to good. Saya jamin, berani kerat jari (weehee, gurau je, tak berani pun) semua orang mesti pernah dengar orang cakap "eh aku nak berubah ke arah kebaikan lah." sama ada dari rakan terdekat mahupun diri sendiri yang sentiasa bermonolog dalaman. Ya, sebab fitrah kita manusia yang sukakan kebaikan dan kesucian, kerana asal usul kita pun dari Syurga, tempat paling suci.

Saya rasa kita semua perlu sedar bahawa kita semua memang sedang berubah pun. 

"eh yeke..? alamak, i ollz tak sedar lah."

Ya, kita perlu sedia maklum yang dunia pun sedang berubah. Cuma yang lainnya, dunia berubah menentang fitrah kita. Kemaksiatan makin bertambah, jenayah juga begitu. Jelas sekali bilamana maksiat tidak lagi asing, yang ingin membuat kebaikan lebih takut kepada pembuat kejahatan.

Maka, apabila seseorang ingin mengambil keputusan untuk berubah ke arah kebaikan, mereka merasa kerdil dan belum bersedia. Ini kerana mereka rasakan jalan yang bakal mereka lalui berlawanan dengan jalan yang dunia sedang lalui. Senang cerita, jalan kebaikan dan jalan dunia hari ini tidak di lorong 'one way'.

Ketakutan untuk berubah kearah kebaikan ini hanya terjadi kepada mereka yang takut menjadi asing, hanya terjadi kepada mereka yang hidup kerana dunia. 

Saya juga pernah menjadi 'mereka' di atas. Hidup terlalu untuk dunia, tidak ingin menjadi asing di dalam dunia yang rata-rata tidak mengamalkan islam sebagai cara hidup (c'mon la, tak hot la kan pakai cakap macam ustazah ni kan). Tetapi hati jelas menyatakan, "aku bukan di lorong yang betul". Hidup memang enjoy tetapi seperti ada yang tidak kena. Kenapa..?  Kerana kita hidup menentang fitrah. Seperti takut dengan bayang-bayang sendiri.

Kalau berubah ikut fitrah itu asing di dunia sekarang, percayalah Allah bersama-sama dengan kita yang asing ini, kerana yang menciptakan fitrah kita itu kan Allah, bukan dunia.


Daripada Abu Hurairah r.a., "Islam mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali dagang asing.Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya asing”. 
[HR Muslim]




Kepada yang selalu mengajukan soalan kepada saya, "macam mana nak dapat kekuatan untuk berubah.?". Jawapan saya senang sahaja, cari Allah. Berubah Lillahi ta'ala, kerana Allah kerana Dia lah sumber kekuatan kita. Bilamana kita rasakan dunia sedang mengejek kita kerana berlawanan arus dalam lorong 'one way' nya, muhasabah diri, tanya pada hati, kita hidup untuk Allah atau untuk dunia.? 

Saya ulang sekali lagi ayat saya di atas, 
"Saya rasa kita semua perlu sedar bahawa kita semua memang sedang berubah."

Persoalannya,

"Adakah kita sendiri yang sedang mengubah diri atau kita hanya menjadi mangsa perubahan.?"

(noktah)