neme

Photobucket

Tuesday 24 July 2012

Why LelaKi saYAng WanitA...



21 Perkara Yang Membuat Lelaki Menyenangi Wanita



Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati yang hancur sahaja.
Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.

Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya.
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.
Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda

PeNgaLamaN pAHiT KeTikA PulAng ke KaMpung

 Assalamualaikum.....

Haii dengan semangat berkobar-kobar nak tulis blog nie...nak citer segala yang dah terbuku dalam jiwa nie...nak luah segala isi perut kasi semua lega dan puas hati lepas nie tak payah dok gundah gulana noo....
Nie nak habaq dengan muka senget and excited nak balikk kampung...maklumlah semua orang pakat duk sibuk nak sambut puasa dengan family kan...jadi aku pun gatal merenyam lah nak balik kampung gakk....Giler kalau aku tak nak balikk kampung...uishhh mahu kematu aku duk Melaka nie pose sorang-sorang...Frezzz aku semua dah sibok simpan baju duk nyanyi lagu Balik Kampung nie...

Nak di jadikan cerita mak aku call lah suh balikk akmpung sambut puasa nie....sebelum nie dia tak abgi aku balikk taw tak..katanya jauh Melaka ngan Qelate...mak aku suh balikk KL je....Aku dengan jiwa sodih dan aserr cam tak di sayangi nie..termenung sorang2..maklumlah kekawan semua duk happy nak balikk kampung...aku plakk mak suh naikk KL.....apa yyg ader kat KL tue...memang semua aderr tapi MAK nagn AYAH aderr kat sana?????...huhuhhuhu

Berbalikk pada topik asal...haaaa...yang mak aku dah abgi green light suh aku balikk kampung...katanya ayah nak jumpa kan....Ok dengan esokknya aku dengan bangga..abis je class terus p cari tiket nak balikk kampung nie...takut tiket abis lah katakan coz ramai plak yg nak sambut puasa kat kampung.....first puasa lah katakan tak kan tak nak balik kot.....
Dengan tak sabarnya aku beratur nak balikk kampung(nampakk tak betapa ramainya yang beli tiket tu)...
menunggu punya menunggu dah rasa nak sepak-sepak je orang yang duk depan aku nie...nak je suh diorang p main jauh-jauh...tak sabar punya pasal...dah dekat giliran aku...dup..dap..dup..dap....jantung aku berbunyi....gementar aku mai dah...takut tiket abis....aku dah aserr nak melompat jew p kat mak cik jual tiket tue,....nak jew potong orang kat depan aku...(ok jangan selfish yew)...

Bangganya bila mak cik tu tnya...
"nak tiket balik mana dik"..
yahoo...time aku pulakk beli tiket...dengan bangga aku menjawap dengan suara yang lantangnya...hiiihihhi
"nak tiket balik Kota Bharu mak cik"..
bila dengan tak sabarnya aku menanti jawapan makcik tue untuk memberi tiket bas aku itu....
"tiket ke Kota Bharu dah habis lah dik"....ok apa perasann sekarang....rasa nak menangis tak...memang nak menangis...aku dah excited tahap gaban nak balikk..dah macam kera dah terhenjuk2 kat depan mak cik tue...Last2 makcik tue cakap dekat aku.."tiket ke Machang aderr lah,,nak ke"....wahhh...terkejut aku...walaupun jauh jugak berbanding tempat aku....Aku tak menunggu lama terus jew terima...hahaha...

Tiba plakk time aku nak naikk bas...ok bas sampai aku terus naikk...yang peliknya tuan bas tue xderr plakkk cakap yang bas tue akan bertukar mengikut kawasan yang nak di hantar....Aku dengan bangganya....duduk jew atas bas tue..terus pasang handfree kat telinga dan  kroohhh...kroohhh...kroohhh.......(elok tak perangai tak senonoh kan...) penat korang apa tahu..aku abiss class terus cabut naik bas...uhuhhu

Aku nie tidow sampai tak sedar diri dah macam orang mati pun aderr gakkk...tak dengan diorang panggil untuk pertukaran bas....sedar-sedar jew dah aderr kat MuAr....ok aku dah start pelikk dah....bila aderr budakk cari seat yang dah aku duduk tue...bila aku tngokk tiket bas dia...ok aku dah faham...aku dah tertukar bas....so datang lah pembantu bas tue tengking-tengking aku..suh aku bagi tempat duduk dekat budak tue....ok aku bangun....last-2 aku dapat balikk duduk kat seat tue balik..baikk kan budak tue tak macam pakcik tue...hampehhh....uhuu.....

Paling sadis bilerr aku di suruh turun dekat Tangkak Ledang....driver bas tue cakap..awak tunggu sini nanti bs awkk datang ambikk awak....nak nangis aku...mana lah aku tahu sangat tempat2 orang nie,,,lagi2 sorang diri pulak tue...mahu aku tak rasa sksa.....mula lah pikir yng bukan2....dah lah malam pulakk tue....
Memang malang nasib aku....sodih yang amaa\t rasa taw.....ok takper dengan berkat kesabaran aku...akhirnya bas aku samapi...dapat jugakk lah aku sampia ke kampung halaman di Kota Bharu walaupun turun dekat Machang....

          *peringatan jangan nak cepat membuta ekkk.....pastikan bas anda tidaj bertukar di destinasi
            lain....huuhuh




                      muka happening nak balikk kampung...last2 jiwa merana tengah2 jalan....uuhhu

Monday 16 July 2012

~✿✿.CinTa MaTi Aku.✿✿~

Assalamualaikum...

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh................tarik nafas sikit...rasa lemas pulak dah macam duk lam swimming pool dah...dup..dap..dup..dap..berdebar pun aderr gakk...mahu taknya...kali ni cIk Petai Goreng nak habaq sal kejutan yang bakal berlaku kat kaMpung Cik PG nie...Cik PG nie asalnya ore Qelate..hihihi...sapa sini nore Qelate angkat tangan tpi jangan tinggin2 taw..takut ada yang tak pakai deodorant mahu pengsan org kat sebelah tue..

Berbalik kepada tajuk asal...Cik PG nie dapat panggilan dari kampung tetiba lah mengejut pun ader...masa tue Cik PG tengah syok2 duk wt assingment yg menyerabutkan jiwa nie....poning2 duk feeling2 sedih duk tngah layan lagu...bab kata org Jasad je ader kt Melaka tp Nyawa aderr kat kampung...melayang nyawanya...Panggilan tue dapat mengejut jew...terus lari keluar rumah tak nak kwn2 dengar panggilan manja dengan mak...hihiihiihi....panggilanya berbunyi begini...wahhh mcm nak jawap exam je kan....tak po..tak po...huhuh

   "Assalamualaikum,adik duk wat apa tue..?"

   "Duk wt kerja mak,knp" sambil kuis2 sampah yg aderr kt dinding dgn kaki..jiwa dah debor dh..

   "Adik nak balikk kg ke first puasa ni??

  "Mak cakap tak payah balikk,knp tiba2 mak tnya.??" aku semakin takut..

  "Ayah suh adikk balikk,,ayah nak jumpa adikk nak cakap sesuatu.."

wahhhh....debarkan...takut lah...apa yg ayah nak cakap kan aku tak tahu lah....tapi mmng dah tak sabar dah nak jumpa mak ngan ayah nie...nak peluk cium dia sampai diorang rimas.....Tapi yang pentimg aku excited sangt nak balikk,....menitis air mata aku dengar mak cakap cm tue....aku windu tahap gaban dah cam nak meroyan jew windu diorang.....

Diorang si jantung hati dan penyambung nyawa aku sehingga akhir hayat aku,,,,dan tak ada siapa boleh jadi penganti aku...hanya dia yang aku perlukan.....

                                            
                                                    SAYANG MA & AYAH







Friday 13 July 2012

RaYa sAkAn

 Assalamualaikum....

Hihihihi...dah start sengih-sengih dah kalau tulis  blog nie...bukan apa dah lama tak update kan..tu yg jadi cam excited giler-giler tue aser nak lompat-lompat katak plak,,terlampau excited lah katakan....tetiba aderr plak topik lam kepala hotak aku nie nk menulis...haaaaa....nak tahu ke tajuk apa...
mmeh nak habaq kat hangpa semua....topik ceq kali nie...RaYa...

Kawe skrg duk syok2 usha baju2 raya,kasut raya,tudung raya...semua raya lah....mengalahkan anak buah aku yang 5tahun plak...ishh mana boleh diorang jew pakai baju baru,....aku pun nak jugak..tak aci kan...tak adill langsung kalau budak2 jew yg melaram...aku pun ank jugak...nak gak cimeol-comel raya nie,nak jugak berseri-seri bak bidadari kayangan(kayangan mana tue...).......

Apa yang penting skrg siapa nak belanja aku baju raya nie....sapa nak beli kasut,tudung,gincu,bedak nie haaaa,.....uhhuhuhu...wah macam mintak simpati masyarakat plak kan...kau duduk lah tepi jalan petai goreng mintak je sedekah...lpas tue tulis kat kotak cakap..SEDEKAH LAH KAT SAYA<SAYA NAK BELI BAJU RAYA TAHUN NIE.....dengan tak sewenang-wenangnyerr kau bukan dpt jew duit sedekoh...tp kau dpt sekali nagn tumit kasut..uhuhuh...masyuukkk benjol kat kepala......

Jiwa mmng berkobar-kobar nak cari baju raya nie...nak melaram giler-giler nie....tp habuk tak ada lagi....ckp gempakkk nak raya...itu ini nak kan...puasa pun belum lagi...entah-entah puasa pun blum abis ganti kan...(elokk sikit ceq dah habis ganti tau,baik tak aku)...hahahahahah....Apa-apa pun raya nie nak suprise lah baju raya....huuhhu...dah ader sepasang..dah jahit pun....tp nk satu pasang lagi..lebih kew...raya kan sebulan...adill lah  kan....lagipun kita meraikan bulan ramadhan dan syawal...bulan elok tue../...tak kan lah kita nak smabut ala kadar jew...kita mengingati Nabi Muhammad dan umat-umat yang lain juga tak lupa pada yang miskin...wahhhh aqu jadi sesopan yg mungkin nie...dah cam ustazah dah...tpi betul kan...errrmmmm...tak payah nak juih bibiq sngt ekkkk.....tak salah saling mengingati.....

Yang terakhir....beli baju raya untuk aku...sapa nak belanja anagkt tangan copat....jgn duk kedekut sangt bulan-bulan pose nie......uhhuhuhuh....(tutup muka sikit,malu)..ihhihhiih



             ihhihhh...nie raya tahun lepas.....sama tak tudung kita nagn kain kusyen tue,,,,makkkkkkk.........