neme

Photobucket

Sunday 29 December 2013

Saja test menaip...Malas...!!!

Assalamualaikum....


  Okay aku tahu memang dah lama sangat lah aku tak update blog nie...malas ke?? yes im...aku memang malas...malas nak menaip, malas nak bercerita,coz aku rasa buang masa lah...tapi bila aku pikir balik...xpayah nak over dost citer yang sarat yang pikir sampai pecah otak kan...just reality ckup....hahaha....okay tak pyah pecah otak ek...aku share apa yg aku mnat n aku share apa yang patut aku share..dan aku suka kalau aku dapat ilmu dari orang rama...acececechh...Ilmu konon...kau kan malas belajar petai oii...hahah...ilmu lain lah...masak2 kew, jahit kew, bisness kew,,,part bisness tu aku suka...tapi aku xder peluang lagi nak join bisness...duit poket mmng xder lah nak tampung modal...hahaha...so insyallah slow2...otak pun mkin ligat gak pikir nie...tengah cri peluang lah katakan..hhahahha..
   
   Motif malam nie ader citer tapi malas lagi...tunggu lah dulu...tunggu rajin tu banyak...aku ni suka layan FB tapi jarang gak update status lam tu...just suka baca2 status org, suka tengok gambar n suka gak buka part resepi...shopping xyah cakap lah...memang suka shopping tapi yg aku boleh beli on9 beg jew kot...or accessories kot....bju2 mmng xdpt lah...coz aku nie bdan lain dri orang...pernah skli beli on9 xdpat beg...part nie aku citer lain kali ek....sakit jari nak menaip...ok Assalamualaikum...,

Saturday 9 February 2013

~SmS cIntA daRi sAng PEnCinTa~



Stop thinking, or anticipating negative outcomes in life. No matter how high you see the chances are for something bad to happen, you must make yourself believe that the possibility of it turning good will be there. And it WILL. 

Sudah berapa kali kita mendengar ayat dan kita sendiri sering mengungkapkannya.. "Semua yang terjadi, dugaan ini, ada hikmahNya" Tapi apakah kita betul-betul percaya? Adakah kita mampu tidak membayangkan.. kalau yang buruk terjadi disebaliknya. Kita sering menyalahi diri sendiri, atau orang lain, menyesali, membenci.. tapi semua ni negatif, dan lama kelamaan akan memakan diri.

We should erase "Kalaulah aku buat macam ni, mesti tak jadi macam ni.." Itu semua yang dah lepas. Dah terjadi. Selagi masih ada nyawa di badan, kita masih ada kuasa untuk MENGUBAH itu semua. Ikhtiar, dan banyak-banyak berdoa dan beribadah, kerana ALLAH MAHA KUASA. Sepertimana, ajal maut di tangan Tuhan, tapi masakan ada doa untuk memanjangkan umur? 

We have to change our perspective, to bury it in our hearts to always be positive. Segala musibah, bencana perkara yang tidak elok berlaku, hanyalah kerana Allah menguji kita, dan sekadar memanggil kita kembali untuk mengingati kita. Allah rindu akan tangisan, doa, dan hati kita, Allah mahukan kita dekat pada-Nya. And if we are patient enough, kita ikhtiar, kita mendekatkan diri dengan-Nya, insya'Allah, sooner or later we will be rewarded. 

Dan sebenarnya, kesabaran itu pun sudah merupakan nikmat Allah. Kerana hati kita lapang.. dan kita tidak perlu menyusahkan diri untuk gusar dan gelisah dengan pancaroba kehidupan. Hidup tu terlalu singkat, mungkin, esok lusa, jasad kita akan dikembalikan ke tanah. Jadi kenapa kita harus mensia-siakan dan menghabiskan masa untuk risau dan sedih dan sesal? 

Dan yang penting. Sentiasa mengucapkan Alhamdulillah walaupun perkara yang kita rasa remeh. Ucapkan Alhamdulillah bila kita bangkit pagi, kerana masih diberi nyawa. Ucapkan Alhamdulillah ketika kita langkah dari katil ke bilik air, kerana masih diberi kekuatan dan kesihatan untuk berjalan. Ucapkan Alhamdulillah bila kita membuka pili air, kerana Allah masih memberi nikmat air kepada kita. Ucapkan Alhamdulillah bila kita melihat muka kita di cermin kerana masih boleh menggunakan mata untuk melihat muka kita.

Terlalu banyak yang nikmat yang Allah beri, yang kita sering anggap remeh. Takkan disebabkan sesuatu musibah yang berlaku, kita rasa hancur harapan, hancur dunia, seolah-olah hilang harapan pada Allah yang maha kuasa, walhal itu hanyalah menunjukkan yang Allah masih ingat dan sayangkan kita. 

Itulah SMS cinta dari Allah untuk kita. Jangan jadikan alasan habis kredit kita tidak menjawabnya.


                         

Saturday 26 January 2013

~BaKaL sUami~


"Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik,
tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik."

     Ayat ni lah yang menjadi topik perbualan aku dan seorang rakan seperjuangan dunia akhirat aku. Macam gatal jugak kan cakap pasal kahwin-kahwin ni. Yela.. Umur baru 21 tahun. Muda lagi, enjoy life dulu la bak kata orang zaman sekarang. Tapi hakikatnya, bermula dari umur muda inilah aku kena fikirkan soal jodoh supaya dapat aku persiapkan diri untuk membina sebuah keluarga yang bahagia (ceewahh..).
     Bagi si adam, tanggungjawab anda selepas berkeluarga sangat besar. Anda diberikan amanah oleh Allah membimbing bukan sahaja isteri tetapi juga anak-anak yang bakal hidup bersama di jalanNya. Jadi, bermula dari usia muda inilah anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu Fardhu ain, untuk bekalan bersama hidup di dunia untuk mengejar kebahagiaan di akhirat kelak. Selepas kahwin, dosa isteri dan anak-anak semua bergantung di bahu anda. Baik bimbingan anda, insyaAllah ringanlah bahu anda. Buruk bimbingan anda... (fikir-fikir la sendiri).

     Bagi si hawa pula, anda juga ada tanggungjawab yang besar! Tanggungjawab yang diperlukan sebagai isteri yang patuh kepada suami dan sebagai ibu yang lembut membelai anak-anaknya. Memang tiada dinyatakan tugas untuk menguruskan kerja rumah adalah tugas wanita, tetapi persiapkanlah diri dengan ilmu memasak, mengemas rumah, berhias diri sejajar dengan tugas anda untuk membahagiakan dan meringankan beban suami anda (uik, terasa pulak. ngee..)

     Tempoh perkenalan yang lama diantara si dara dan si teruna juga bukanlah perkara 'wajib' sebelum ke jinjang pelamin. Tempoh 'berkenal-kenalan' yang lama hanya mengundang maksiat. Kononnya "Kena la kenal lama-lama dulu, baru boleh tahu sesuai ke tak". Dalam masa berkenal-kenal mesti la kena keluar dating-dating kan. Pastu nanti datang la kawan rapat kita, Incek Syaitan (bukan nama sebenar) join sekaki. Pastu ada la kes terlebih kenal sampai buang-buang anak (tahniah, kita berjaya membuat incek syaitan gembira). Mungkin kita takde la sampai buang-buang anak ni, pegang-pegang tangan je (tu pun maksiat jugak lerr). Tup tap tup tap, sebab terlalu kenal ter'clash' pulak. Dulu cakap nak tau sesuai ke tak, so kalau tak sesuai means boleh terima kenyataan la. Tapi ni tak, bila clash tu ada pulak la yang meraung, menangis 40 hari 40 malam tak dapat terima kenyataan (tahniah lagi sekali sebab incek syaitan sedang melompat-lompat keriangan).

      Kalau kita suka kat seseorang, before ambil keputusan untuk make a move, apa kata kita solat istikarah dulu? Mintak supaya Allah dekatkan dia dengan kita sekiranya dia baik untuk kita, agama kita, dunia kita dan juga akhirat kita. Kita juga kena redha dengan apa jua petunjuk yang diberikan Allah kerana Dialah yang maha mengetahui. Jika 'seseorang' itu bukan untuk kita, yakinlah bahawa Allah menyediakan yang lebih baik untuk kita. Jika 'seseorang' itu baik untuk kita, mulalah langkah dengan bertaaruf seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah (Taaruf adalah kegiatan bersilaturahim,  berkenalan bertatap muka, atau bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya), bukan dengan cara berdating yang hanya mengundang maksiat yang menjadi mancis ke lembah api perzinaan. Jika kita ikhlas niat kerana Allah, insyaAllah hubungan kita ini akan mendapat redha yang Esa dan kekal hingga ke anak, cucu, cicit, cicit punya cicit (panjang betul umur).


********************

"Mama.. Rasa nak kahwin la", aku menggedik.
"Hamboi!! Gatalnya.. Calon dah ada ke?".
"Hee.. Tgh cari la ni. Susah la mama., jauh dari family. Pastu rasa macam nak ada orang bimbing je takut jadi macam dulu balik".
"Eleh, gatal tu gatal jugak (mama memang sangat memahami. chaitt). Tapi kalau betul nak cari suami, cari la yang boleh bimbing. Yang boleh sama-sama naik motor (awat ntah motor jadi pilihan mama) pergi solat jemaah kat masjid. Yang boleh ajar awak mengaji. Pastu nanti kalau awak dah meninggal, dia boleh pergi kubur mengaji untuk awak macam Pakcik Yunus (bukan nama sebenar) tu", mama bagi nasihat sebagai orang yang sudah banyak berpengalaman.

   Pakcik Yunus tu aku kenal la. Lorong rumah aku lak setentang dengan tanah perkuburan Islam (seram sejuk jugak balik lewat malam-malam). Dulu pagi-pagi time nak pergi sekolah selalu lah nampak kereta Pakcik Yunus ni parking depan pagar tanah perkuburan tu, pastu nampak la kelibat beliau di depan kubur arwah isterinya. Mama cakap Pakcik Yunus ni lepas solat jemaah subuh kat masjid, terus pergi kubur arwah isterinya untuk mengaji dan bersihkan kubur sebagai janji mereka untuk sehidup semati. Last winter time aku balik bercuti pun Pakcik Yunus still meneruskan rutin harian beliau.

"Inilah maksud sehidup semati rupanya", hati aku berdetik memahami. 

     Sehidup semati bukan nya macam kau punya pasangan mati, pastu kau pun bunuh diri nak mati bersama sebab kan dah janji dulu masa kemaruk bercinta dulu-dulu nak sehidup semati. Tunaikan janji punya pasal. Sehidup ni bagi aku berjanji untuk hidup bersama bagi tujuan untuk meneruskan dakwah Islam. bersama-sama memperdalamkan hal agama, saling bimbing-membimbing dan memperoleh zuriat yang halal. Manakala semati pula bermakna sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan yang telah meninggal dunia baik si isteri mahupun si suami supaya masih segar di akal fikiran kita tentang kewujudan pasangan kita ini seolah-olah dia masih hidup bersama kita. Bukan melupakan atau meratapi pemergiannya.

"Bestkan mama arwah Mak Esah (bukan nama sebenar) dapat suami macam tu? I pun nak cari calon macam tu la. Boleh jadi imam untuk I setiap hari. Pastu nanti I dah mati, dia tak sibuk cari pengganti. Oh, indahnya duniaaa..".
"Dunia je, akhirat??", hoinggg.. Kena libas ngn mama.
"Ye.. Ye.. Lagi sekali. Oh, indahnya dunia akhiratttt.. Hehe..".


Aqu just copy n paste...n pandngan dye sma ngan aku...tapi masih tiada keyakinan family utk melepaskan ke tangan lelaki yg bernama suami.....



~jAngAn taKut tErasIng~


Semua orang ingin berubah, I mean changing from bad to good. Saya jamin, berani kerat jari (weehee, gurau je, tak berani pun) semua orang mesti pernah dengar orang cakap "eh aku nak berubah ke arah kebaikan lah." sama ada dari rakan terdekat mahupun diri sendiri yang sentiasa bermonolog dalaman. Ya, sebab fitrah kita manusia yang sukakan kebaikan dan kesucian, kerana asal usul kita pun dari Syurga, tempat paling suci.

Saya rasa kita semua perlu sedar bahawa kita semua memang sedang berubah pun. 

"eh yeke..? alamak, i ollz tak sedar lah."

Ya, kita perlu sedia maklum yang dunia pun sedang berubah. Cuma yang lainnya, dunia berubah menentang fitrah kita. Kemaksiatan makin bertambah, jenayah juga begitu. Jelas sekali bilamana maksiat tidak lagi asing, yang ingin membuat kebaikan lebih takut kepada pembuat kejahatan.

Maka, apabila seseorang ingin mengambil keputusan untuk berubah ke arah kebaikan, mereka merasa kerdil dan belum bersedia. Ini kerana mereka rasakan jalan yang bakal mereka lalui berlawanan dengan jalan yang dunia sedang lalui. Senang cerita, jalan kebaikan dan jalan dunia hari ini tidak di lorong 'one way'.

Ketakutan untuk berubah kearah kebaikan ini hanya terjadi kepada mereka yang takut menjadi asing, hanya terjadi kepada mereka yang hidup kerana dunia. 

Saya juga pernah menjadi 'mereka' di atas. Hidup terlalu untuk dunia, tidak ingin menjadi asing di dalam dunia yang rata-rata tidak mengamalkan islam sebagai cara hidup (c'mon la, tak hot la kan pakai cakap macam ustazah ni kan). Tetapi hati jelas menyatakan, "aku bukan di lorong yang betul". Hidup memang enjoy tetapi seperti ada yang tidak kena. Kenapa..?  Kerana kita hidup menentang fitrah. Seperti takut dengan bayang-bayang sendiri.

Kalau berubah ikut fitrah itu asing di dunia sekarang, percayalah Allah bersama-sama dengan kita yang asing ini, kerana yang menciptakan fitrah kita itu kan Allah, bukan dunia.


Daripada Abu Hurairah r.a., "Islam mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali dagang asing.Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya asing”. 
[HR Muslim]




Kepada yang selalu mengajukan soalan kepada saya, "macam mana nak dapat kekuatan untuk berubah.?". Jawapan saya senang sahaja, cari Allah. Berubah Lillahi ta'ala, kerana Allah kerana Dia lah sumber kekuatan kita. Bilamana kita rasakan dunia sedang mengejek kita kerana berlawanan arus dalam lorong 'one way' nya, muhasabah diri, tanya pada hati, kita hidup untuk Allah atau untuk dunia.? 

Saya ulang sekali lagi ayat saya di atas, 
"Saya rasa kita semua perlu sedar bahawa kita semua memang sedang berubah."

Persoalannya,

"Adakah kita sendiri yang sedang mengubah diri atau kita hanya menjadi mangsa perubahan.?"

(noktah)

Monday 19 November 2012

~nAk kAHwiN juGaK~

Assalamualaikum.....

Nak mengedik boleh...hiihihi....sebenarnya sekarang tengah cuti sekolah,Soooo,faham-faham lah apa yang berkaitan ngan musim cuti sekolah nie.....tahu ko hidokkk....tak tahu ekkk....
meh nak habaQ...time Cuti sekolah adalah time orang KAHWIN....dah besar font aku letak....hihihi

Mood nie mengedik teringin nak kahwin gakk....tapi tengah belajar lagi so..wuuuuhuhuhu....bersabar lah mak ngan ayah pesan habiskan belajar dulu yew jgn nak mngatal...hahahaahaa
Teringin jugak lah,,,ihhihi...kawan-kawan sekolah dah ader yang kahwin,,,dah beranak pinak dah pun...aiisshhh...bestnya tengok ader bABy sendirikan,,,,hahhaha...gataiiii.....

Aqu nak kahwin???? uishh mesti nak lah kan,...sapa yang tak nak kahwin....orang gila pun nak kahwin gak...hahahha....
Jejaka Idaman???? hahahha..malu lah ceQ nak habaQ kat sini....kalau aderr JODOH ceq ngan dye kawin lah kami nanti...Insyaallah...masing-masing masih belajar n tunggu ada ekonomi sendiri dulu...baru kami pikir sal kawin ekkk....Jangan risau kad WALIMATUL URUS akan samapai kepada rakan-rakan semua yang mengenali diri ini yang cumell ini....uweekkkkkk...ihhhhhii....

Tunggu lamaran jelah...kalau ada..Alhamdullilah...kalau tak ada itu tandanya Tak ada jodoh lah....
tak boleh mengharap sangat nanti kita yang merana kan...silap-silap..menonggeng frustnya....makan banyak sampai gemuk akibat dari "kefrustan" itu...(bahasa entah dari mana).

Aqu nie selalu jadi mangsa buli....mahu taknya aku sorang jew anak pompuan yg tinggal...yang masing belum kahwin...hadoiii,,....macam-macam diorang usik akiu,,,,sampai naik bernanah telinga aku nie...nak tahu antara-antara yang selalu buat aku jadi malu n bosan...dah boleh hafal dah....
          *Kau kahwin esok-esok buat kat hotel ekk...
          *Kau kahwin esok-esok buat besar-besaran ekk..(AyaH)
          *Kau kahwin esok-esok buat katering ekkkk...(mcm bakal laki aku ank menteri kan)
          *Kau kahwin esok-esok,,bunga telor tue kau guna kristal ekk..(wah mahu kaya laki aku...rabak nie)
   dan seangkatan dengannya...hahahha......dah sampai aku berkahwin,mengandung,beranak,ada anak...semua diorang perli-perli aku..hadoii..sakit otakk degar oii....

Mak nak tawin..nak tawin....mati aku kalu mak aku pandai buka blog nie....silap-silap kena baling nagn kapak...gataiii sangat...hahahah....

                                                  CANTIK AND SWEETKAN...






~SiFaT wANiTa yAng diSuKaI LeLaKi~


Wanita?. pasangan yang diciptakan oleh allah s.w.t untuk lelaki. lain wanita..lain sikapnya. dah adat dunia, sebagai seorang lelaki(manusia) ingin yang wanita yang terbaik untuk mereka. apa yang lelaki tengok pada wanita?. salah satunya sikap wanita itu sendiri. wanita pun manusia biasa jugak, ada sikap baik..ada sikap buruk. jadi untuk menjadi wanita yang terbaik, tak salah kalau kita berubah kan?. atas sebab itulah admin ingin kongsikan Antara Sikap Wanita yang Disukai Lelaki. semoga info ini berguna untuk korang yer.


Keanak-anakkan                                                                                                                             Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga

        Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??    

Pandai berbicara                                                                                                                                Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.8. Simpati dan prihatinLelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona.

    

Sunday 11 November 2012

BoSannnnn.....

Assalamualaikum.....

Baru aderr rasa nak update status baru...bukan apa...mcm biasa mood malas yang melampaukan...
Nak panjatkan rasa syukur kat Pencipta Alam ni...kerana banyak memberi kebaikan dan memakbulkan doa hambanya yang hina ini untuk menjdi seorang manusia yang kuat semangat dalam menempuh dugaan dan hinaa orang di sekeliling.....

Dah2 bukan nak feeling serius sangat...itu pembuka bicara jew...mak aiii panjang kan pembuka tue....hahahaah

Sebenarnya...nak bagitau nie...AQU KEBOSANAN SESANGAT...hahahaha
nampakkan besar lagi aku tulis tue.....boeing betul lah aku sekarang...coz time cuti nie xderr benda nak wat...nak kerja mak plakk tak bagi...nak shopping duit plakk xderr....nak jalan-jlan kawan plak tak cuti lagi....so macam mana tue.....bosan kan....

So duk umah lah...bangun tidow,makan,tengok TV...kalau lah rancangan tV tue best tak pa ini tak...INDON 24jam....menyampah betul..dah lah citerr mengarut entah apa2....setiap kali aku buka jew tV citer indon....terus aku padam tV....xnak aku rasa benggang yang amat....lagi sekali jadi boring kan....

Nak main mesej plak...bukan semua nak mesej nagn kita kan...lagipun aku sendiri tak ada topik nak share nagn kawan-kawan...baik diam jew....so mengemukkan badan lah jawapnya kat uamh nie....makan...makan...makan....

Yang specialnya...belajar masak daging...ihhihihih......alah simple kan orang macam aku nie kan.....kenapa terkejut ekk kalau aku cakap nak beljar masak......jom muntah sesama...hahaha.....minah kepoh cam aku nie nak jadi gadis ayu...tak sesuaikan...tak pa...masak tak semestinya orang ayu jew...aku pun nak juga makan hasil sendiri.......kan..kan..kan....hihiihi....

Dah...xderr beda dah aku nak mengarut nie......lagi banyak aku tulis lagi merapu aku cakap...tak pasal-pasal ada plak yang jiwa baca entry aku ni kan....okk bye....